Khamis, 10 Julai 2014

Salah Tanggap Seruan Jihad (angkat senjata) Dalam Islam - sambungan


Perkara kedua yang membolehkan jihad angkat senjata dilakukan ialah bila mana ada permintaan juga doa dari mereka(samada dari orang Islam mahu pun bukan Islam) yang ditindas dan teraniaya sehingga mereka menangis dan meronta meminta pertolongan. Ini adalah jihad ofensif(serangan). Jihad ofensif ini bukan lagi satu kebenaran malah ianya satu perintah(kewajipan) buat orang Islam bertepatan dengan suruhan Allah swt dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat ke-75. Jelas daripada dua perkara diatas misi menawan dan memerintah dunia agar seluruh umat manusia tunduk kepada Islam bukanlah misi yang datang dari Al-Quran mahu pun As Sunnah. Jikalau pun ditakdirkan Islam itu satu hari nanti menjadi kuasa yang memerintah dunia, yang pastinya ianya tidak datang dari misi jihad angkat senjata melawan semua kuasa/negara orang kafir. Sebaliknya ianya datang daripada misi menyelamatkan mereka yang tertindas.
https://www.youtube.com/watch?v=o70-V9poGko

Tiada ulasan:

Catat Ulasan