Khamis, 10 Julai 2014

Salah Tanggap Seruan Jihad (angkat senjata) Dalam Islam


Adakah Islam hadir dengan misi jihad angkat senjata menawan semua kuasa dan negara orang kafir sehingga Islam itu menguasai dunia ini? Jawapannya sudah tentu tidak. Umat Islam bertanggungjawab dalam penyebaran dakwah namun ianya bukanlah melalui kekerasan dan penindasan kerana Islam sendiri tiada toleransi keatas perlakuan zalim dan menindas. Malah adalah menjadi tanggungjawab umat Islam melindungi mereka yang tertindas samada mereka itu orang Islam mahu pun bukan Islam. Dua perkara utama yang membolehkan umat Islam melancarkan jihad angkat senjata ialah, pertamanya adalah defensif(pertahanan) jihad iaitu jihad mengangkat senjata untuk mempertahankan diri sebagai respon kepada serangan. Jika segala usaha telah dilakukan bagi menyelesaikan konflik secara aman tidak mendatangkan hasil, malah didesak sehingga terkepung dan mengancam nyawa serta tiada ruang lagi untuk berundur, maka defensif jihad adalah dibenarkan.
https://www.facebook.com/photo.php?v=10203407813909039&set=vb.1622858562&type=2&theater

Tiada ulasan:

Catat Ulasan