Ahad, 20 Julai 2014
Khasiat buah Kurma di bulan Ramadhan
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan kawasan tanah yang kering serta mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Di kalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama kegemaran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak”. sambung...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=455511714593978&set=a.196161447195674.67261.178486648963154&type=1&theater
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan